Cucu Bekas Ketua Penaja PAS Cawangan melanjutkan pelajaran ke Mesir

Batu 9, 17 Sep    : Kenduri doa kesyukuran dan selamat untuk cucu kepada Mantan Ketua Penaja PAS Cawangan, Haji Ithnain Salleh, Fateh Hassan, yang akan melanjutkan pelajaran ke Universiti Al-Azhar, Mesir selama 4 tahun telah diadakan di rumahnya selepas sembahyang jumaat di Lorong Menanti 1, Kampong Sungai Tengi Kiri, Tanjong Karang.

Menurut Haji Ithnain, pada sebelah pagi diadakan majlis bacaan yaasin daripada kalangan Muslimat, manakala kenduri kesyukuran dan selamat oleh kaum lelaki diadakan selepas solat jumaat. Bacaan kenduri doa selamat pula telah diketuai oleh Mantan Yang Dipertua (YDP) PAS Kawasan, Ustaz Haji Musa Mohamad

Ramai dikalangan ahli keluarga, sahabat handai dan jiran tetangga telah menghadiri program tersebut.

Antara yang hadir ialah, Naib YDP PAS Kawasan, Haji Misran Serman, yang juga Ahli Majlis, Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS), Penolong Setiausaha 1 PAS Kawasan, Mohd Faizal Mohd Barja, yang juga Ahli Majlis MDKS dan Setiausaha PAS Cawangan, Ahli-ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Kawasan, Abdullah Najib Shaari, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampong (JKKK) Melaka, Pengerusi JKKK Sungai Tengi Kiri, Haji Roslan Basri dan lain-lain

PAS Cawangan Batu 9 Kampong Tengah mengucapkan selamat berjaya kepada cucu beliau, semoga pulang membawa segulung ijazah dengan cemerlang pada masa akan datang.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: