PAS Cawangan Bantu Jayakan Rumah Terbuka Aidilfitri

Tanjong Karang, 19 Sep    : PAS Cawangan Batu 9 Kampong Tengah telah turun padang membantu menjayakan Rumah terbuka Aidilfitri PAS Kawasan Tanjong Karang yang diadakan di Dewan Dato’ Hormat Tanjong Karang.

Rumah terbuka yang telah menjadi program tahunan PAS Kawasan, buat pertama kalinya mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada kaum cina berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Antara menu yang di sediakan pada tahun ini ialah soto, laksa, rendang dan pecal. Apa yang berbeza dari segi penyediaan jamuan pada tahun ini berbanding tahun lepas ialah, pada tahun ini ianya disediakan secara bergotong royong bersama ahli-ahli PAS.

Beberapa Ahli-ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Cawangan, Jawatankuasa Pemuda Cawangan (JPC) dan Jawatankuasa Muslimat PAS Cawangan (JMC) adalah antara yang turun padang membantu menjayakan rumah terbuka PAS Tanjong Karang antaranya ialah, Ketua JPC, Muhd Sobirin Omar, Ketua Penerangan, Ustaz Mohd Adzim Basri Al-Hafiz, AJK PAS Cawangan, Hajah Siti Insiah Tahir, Mohd Sofian Mohd Kalil dan AJK JMC Cawangan, Supatmi Sanimon dan lain-lain.

Antara tetamu yang menghadiri rumah terbuka pada tahun ini ialah Ahli-ahl Majlis, Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS), Zainal Abidin Abd Samad, yang juga Timbalan Ketua Cabang PKR Tanjong Karang, Jeganethan, Low Tan, yang juga Pengerusi DAP Tanjong Karang dan Tee Peng.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: