Rumah Terbuka PAS Cawangan Pupuk Semangat Ukhwah Bersama Masyarakat

Batu 9, 24 Sep    : Buat pertama kalinya PAS Cawangan Batu 9 Kampung Tengah telah mengadakan rumah terbuka sempena Aidilfitri yang diadakan di perkarangan rumah Ketua PAS Cawangan, Mohamad Sahri Jabbar, Lorong Menanti 2 Kampung Sungai Tengi Kiri, Tanjong Karang.

Rumah terbuka berkenaan yang dimulakan jam 9.00 malam berakhir jam 11.00 malam telah dihadiri oleh penduduk Kampung Sungai Tengi Kiri tanpa mengira fahaman politik dan peringkat umur, daripada yang berusia sehinggalah kanak-kanak, kata Setiausaha PAS Cawangan, Mohd Faizal Mohd Barja.

Ini secara tidak langsung telah berjaya merapatkan lagi ukhuwah yang terjalin diantara aktivis PAS di peringkat cawangan dengan penduduk kampung sekaligus kehadiran PAS semakin diterima baik oleh masyarakat setempat, ujarnya lagi yang juga Ahli Jawatankuasa (AJK) Dewan Pemuda PAS (DPP) Negeri Selangor.

Beliau yang juga Ahli Majlis, Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) juga berkata, di samping orang ramai dapat menjamu selera dengan hidangan yang disediakan, penduduk kampong juga berpeluang beramah mesra dengan pimpinan PAS Kawasan yang turut hadir memeriahkan rumah terbuka pada kali ini, selain bermaaf-maafan diantara satu sama lain.

Hadir sama dalam program tersebut ialah Pemangku Yang Dipertua (YDP) PAS Tanjong Karang, Ustaz Mohd Judi Sarjo, merangkap Pengarah Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Dewan Negeri (DUN) Sungai Burong, Naib YDP PAS Kawasan, Haji Misran Serman, yang juga Ahli Majlis MDKS dan Ketua Dewan Pemuda PAS (DPP) Kawasan, Ustaz Haji Mat Hasbollah Sudin.

Selain itu, turut hadir juga ialah Setiausaha PAS Kawasan, Nor Az Azlan Ahmad, yang juga Ahli Majlis MDKS, Bendahari PAS Kawasan, Haji Abu Hasan Amat, Ketua Penerangan PAS Kawasan, Ustaz Shafie Jali dan beberapa lagi AJK PAS Kawasan Tanjong Karang.

Pengerusi-pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Abdullah Najib Shaari (Kampung Melaka), Haji Roslan Basri (Sungai Tengi Kiri) Esa Ramli (Parit 4), Saifudin Ismail (Parit 2), Md Yatim Mohd Said (Sungai Burong) dan Haji Mustafa Abd Karim (Sungai Tengi Kanan Darat) adalah antara yang hadir memeriahkan lagi rumah terbuka PAS Cawangan.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: