Pemuda PAS Cawangan sertai Ijtima’ Tarbawi di Terengganu

Batu 10, 30 Sep    : Seramai 10 orang ahli Pemuda PAS Tanjong Karang telah bertolak ke Masjid Rusila, Marang Terengganu untuk menyertai program Ijtima’ Tarbawi Dewan Pemuda PAS (DPP) 2010 yang diadakan selama 3 hari mulai pada hari jumaat sehingga hari ahad.

Ijtima’ tersebut merupakan program yang dianjurkan oleh DPP Pusat. Diantara objektif program berkenaan adalah Merangsang kefahaman dan tanggung jawab tarbiyah pemuda ke seluruh Negara, Memupuk nilai dan gerak kerja tarbawi berpusat  dan Memupuk ukhuwwah Islamiyah jentera pemuda.

Program tersebut akan dirasmikan oleh Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang. Manakala kertas kerja pula akan dibentangkan oleh pimpinan PAS Pusat antaranya ialah Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa, Naib Presien PAS, Salahuddin Ayub, Ketua Dewan Ulama’ PAS Pusat, Ustaz Dato’ Haji Harun Taib dan ramai lagi.

Delegasi DPP Tanjong Karang, diketuai oleh Ketua DPP Kawasan, Ustaz Mat Hasbollah Sudin bertolak ke Terengganu pada 30 September 2010 jam 11.30 malam dari Masjid Jamiul Hasanat Batu 10 Tanjong Karang. Turut serta dalam delegasi tersebut ialah Ketua Penerangan PAS Cawangan, Ustaz Mohd Adzim Basri Al-Hafiz yang juga Timbalan Ketua DPP Kawasan.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: