Dewan Pemuda PAS Pusat Membidas Penganjuran Islamic Fashion Festival

Kuala Lumpur, 21 Okt    : Penganjuran Islamic Fashion Show atau Islamic Fashion FestiVal [ IFF ] disifatkan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP), Ustaz Nasharuddin Hasan Tantawi sebagai satu tindakan yang cukup memalukan, jahil lagi berniat jahat terhadap ajaran Islam yang suci ini. Lebih – lebih lagi penganjurannya dinaungi oleh orang besar negara.

Menurutnya, Bukan sahaja pakaian yang diperagakan ini bertentangan dengan prinsip pakaian Islam, lebih malang mereka berani menghina Rasulullah SAW dengan melakarkan nama baginda di pakaian yang sedemikian. Islamic Fashion Festival yang jelas bertentangan dengan Islam  telah menghina Rasulullah SAW melalui satu khat nama Rasul yang ditulis secara terbalik pada pakaian murahan sebagaimana yang terdapat di dalam gambar di atas

Jika bukan niat menghina Islam , tindakan apakah seperti ini ? sungguh memalukan. Saya tidak jangka mereka sejahil itu , sehingga tidak mengetahui bagaimanakah bentuk pakaian Islam yang sebenarnya  sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah swt . Firman Allah swt di dalam surah an Nuur ayat : 31

“Katakan kepada orang – orang perempuan yang berima , supaya mereka merendahkan pandangannya dan menjaga kehormatannya dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasannya kecuali apa yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka melabuhkan tudung hingga ke bawah dadanya .

Janganlah mereka memperlihatkan perhiasannya kecuali kepada  suaminya, bapanya, bapa suaminya, anaknya, anak suaminya, saudaranya, anak saudaranya yang lelaki, anak saudaranya yang perempuan, perempuan muslimah, hamba sahayanya, orang – orang yang mengikutnya dari kalangan lelaki yang tiada syahwah kepada perempuan, atau kanak – kanak yang belum mengerti tentang aurat perempuan .

Jangan mereka berjalan sambil menggoyangkan kakinya supaya diketahui orang perhiasan yang tersembunyi . Bertaubatlah kamu sekelian kepada Allah wahai orang – orang yang beriman mudah – mudahan kamu beroleh kejayaan”

Islamic Fashion Festival ini diasaskan oleh Dato’ Raja Rezza Shah  sementara Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansur  telah bertindak sebagai penaungnya

Penganjuran Islamic Fashion Festival adalah satu idea yang bijak tetapi malangnya pakaian yang di peragakan adalah salah, ujarnya

Bukan begitu pakaian Islam. Jika Datin Seri keliru, bagaimanalah pakaian Islam yang sebenarnya , Datin Seri boleh merujuk kepada para mufti yang ramai dalam negara kita atau paling tidak Datin Seri boleh merujuk kepada 40 ulama’ Muda yang  baru – baru telah dirai dengan hebat lagi berprestij dikala mereka menyertai parti  yang dipimpin oleh suami Datin Seri, ujarnya lagi yang Ahli Majlis Syura Ulama’ PAS Pusat

Justeru itu, katanya, saya melihat jahil bukan alasan dalam isu ini. Saya bimbang benar (jika) Datin Seri bersekongkol dengan pihak musuh – musuh Islam untuk menghina dan mempersendakan Islam lalu menjadikan Datin Seri sebagai boneka. Namun saya harap tidak begitu.

Namun, sebaliknya apa yang saya harap ialah Datin Seri kembali kepangkal jalan dan bertaubat kepada Allah Azza wa Jalla  terutama saat usia kita telah hampir ke penghujung .

Saya mewakili Dewan Pemuda PAS Malaysia bahkan seluruh ummat Islam yang terkilan dengan tindakan yang diambil oleh Datin Seri dalam menaungi program mungkar ini sangat berharap agar Datin Seri kembali menyusur pulang ke pangkal jalan dan insyaalah tidak hilang bisa ular dek kerana menyusur akar  sebaliknya tawar ilmu sang pendita dek kerana menyusup laku .

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: