Naib Ketua PAS Cawangan Dapat Tempat Kedua Pertandingan Motor Klasik

Kuala Selangor, 24 Okt    : Naib Ketua PAS Cawangan Batu 9 Kampung Tengah, Haji Tasuki Akat telah mendapat tempat kedua dalam pertandingan Motor Klasik  ketika menyertai program Jelajah Generasi Idaman Selangor (GeMS) yang diadakan di perkarangan TESCO Kuala Selangor.

Program yang dianjurkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor tersebut telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dari orang ramai khususnya generasi muda.

Pelbagai acara menarik telah diadakan antaranya ialah pertandingan futsal yang dikendalikan oleh Penggerak Belian Tempatan (PeBT) Daerah Kuala Selangor,  Pertandingan bercerita, melukis dan sebagainya selain pertandingan motor klasik.

Selain itu, pada waktu malamnya pula orang ramai dihiburkan dengan nasyid daripada kumpulan mustika, Akhil Hayy dan ceramah oleh perunding motivasi, Ustaz Ahmad Syukri Yussof.

Program telah dirasmikan oleh Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (EXCO) Negeri Selangor, Dr Hajjah Halimah Ali.

Turut hadir ialah Pegawai Daerah Kuala Selangor, Haji Misri Idris, Yang Dipertua (YDP) Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS), Haji Haris Kassim, Orang Besar Daerah Kuala Selangor (OBD), Dato’ Mohamad Yaacob Dato’ Ismail, Pegawai Tadbir Agama Daerah (PAID) Kuala Selangor, Ustaz Hashim Mohamad.

Ahli-ahli Majlis, MDKS, Low Tan, Mohd Faizal Mohd Barja, Tee Peng, Jeganethan, Ustaz Ahmad Alang, Haji Sharuddin Dahlan antara yang turut hadir.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: