Ahli PAS Cawangan Beri Sokongan Kepada Calon PAS Di Galas

Gua Musang, 26 Okt    : Ahli-ahli PAS Cawangan Batu 9 Kampung Tengah telah menyertai Penamaan calon N45 DUN Galas, Kelantan yang diadakan di Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang. Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Galas akan diadakan pada 4 November 2010 berikutan kematian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas, Che Hashim Sulaima akibat penyakit barah usus yang dihidapi sejak 2 tahun yang lalu.

Che Hashim memenangi kerusi DUN Galas dalam Pilihan Raya Umum (PRU) 8 Mac 2008 dengan majoriti,  646 apabila mengalahkan calon Bn, Saufi Deraman. Allahyarham mendapat 4,399 undi menewaskan penyandang dari BN, yang mendapat 3,753 undi.

Dalam PRK Galas tersebut Calon PAS, Dr Zulkifli Mohamed akan ditentang oleh Calon Barisan Nasional (Bn), Abd Aziz Yusof dalam pertandingan satu lawan satu. Calon PAS telah diiringi oleh lebih 100,000 orang penyokong berbanding calon Bn yang diiringi kira-kira 300 orang sahaja.

Selain itu calon PAS turut diiringi oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa, Naib Presiden PAS, Dato’ Haji Mahfuz Omar, Ketua Dewan Pemuda (DPP) Pusat, Ustaz Nasharuddin Hasan Tantawi dan Ketua Dewan Muslimat PAS (DMP) Pusat, Ustazah Hajjah Nuridah Mohd Salleh.

Pimpinan Pakatan Rakyat (PR) yang turut mengiringi calon PAS pula ialah Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Naib Presiden PKR, Azmin Ali,  Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Selangor, Ronnie Liu.

Manakala ahli-ahli PAS Cawangan yang turut hadir menyokong calon PAS ialah Setiausaha PAS Cawnagan, Mohd Faizal Mohd Barja, yang juga Ahli Jawatankuasa (AJK) Dewan Pemuda PAS (DPP) Negeri Selangor, Ketua Jawatankuasa Pemuda PAS Cawangan (JPC), Muhd Sobirin Omar, yang juga AJK DPP Kawasan Tanjong Karang, AJK PAS Cawangan, Mohd Sofian Mohd Kalil, yang juga AJK DPP Kawasan dan Haji Ithnain Salleh.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: