PAS Perlu Menang Dengan Kekuatan Sendiri

Shah Alam, 14 Nov : PAS perlu menang dalam pilihan raya dengan kekuatan sendiri bukan menumpang kelemahan Umno BN, kata Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.

Beliau berkata demikian sewaktu berucap dalam majlis perasmian program “PAS Sedia Ganti Umno” yang dianjurkan oleh Lajnah Penerangan dan Dakwah PAS Pusat yang diadakan di Dewan Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA)

Katanya, biarpun Umno lemah namun kekuatan itu perlu dibina kerana cabaran paling besar adalah bukan untuk menang, tetapi kekuatan untuk mengisi kemenangan. Kita mahu supaya parti kita mencapai kejayaan dengan kekuatan kita sendiri, bukan dengan kelemahan yang ada pada lawan kita.

Antara pemimpin PAS Pusat yang hadir pada seminar itu ialah Timbalannya, Ustaz Nasharudin Mat Isa, Naib Presiden, Salahuddin Ayub, Ketua Dewan Muslimat PAS (DMP), Ustazah Hajjah Nuridah Mohd Salleh, Setiausaha Agung, Dato’ Haji Mustafa Ali, pengarah pilihan raya, Ustaz Dato’ Haji Abdul Halim Abdul Rahman,

Dalam ucapannya, beliau telah menggariskan sebanyak tiga perkara bagi membina kekuatan dalam PAS agar parti itu mampu memerintah negara.

Pertama, katanya adalah kekuatan aqidah Islam di kalangan setiap ahli. Ianya termasuk persoalan akhlak, ibadah dan tarbiyah yang mantap untuk melalui perjuangan yang penuh liku. Kalau sama sahaja kita dengan Umno, sama-sama tak sembahyang, sama-sama tak berjemaah, dan tak kuat hubungan dengan Allah, kita tidak akan menang,” katanya yang juga Ahli Parlimen Marang.

Kedua, ujarnya adalah kekuatan pada organisasi yang baik termasuk cawangan yang banyak dan bergerak dan ahli yang ramai. Antara sebab kawasan PAS kalah pada pilihan raya, katanya adalah kerana tidak mempunyai cawangan yang banyak dan tidak bergerak.

“Berlawan dengan Umno ni lebih teruk berlawan dengan orang gila dan bodoh. Orang gila dan bodoh tak boleh buat undang-undang, tapi Umno boleh buat apa sahaja untuk menangkan mereka. Sebab itu kita kena kuat,” tambahnya lagi.

Manakala perkara ketiga pula katanya adalah strategi yang baik dan digerakkan ke akar umbi.  Strategi di semua peringkat jelasnya perlu diselaras agar memberi kesan yang besar pada setiap tindakan yang dibuat. Selain itu beliau turut meminta Umno mengaku kelemahan mereka dan berundur secara demokratik dengan memberi laluan kepada PAS dan Pakatan Rakyat memerintah negara.  Ia kerana parti itu sudah jelas lemah dan tidak mampu mengurus rakyat dan negara dengan baik.

“Hari ini Umno adalah teras kepada kepimpinan negara. Kita tahu masalah yang dihadapi walaupun cuba nak sembunyi dengan pelbagai undang-undang tapi akhirnya terdedah. Sebab itu kita mintak secara terhormat dan demokratik seperti berlaku di negara-negara lain, pilihan raya adil dan bebas di mana parti pemerintah yang mengalami masalah, sedia berundur. Tapi keadaan ini tak berlaku dalam negara kita,” katanya.

Beliau bagaimanapun turut menggesa ahli agar meneruskan usaha dakwah kepada rakyat termasuk ahli Umno agar melakukan perubahan.

Menurutnya, PAS tidak akan menang dengan hanya mengharapkan kepada undi ahli sahaja malah juga memerlukan undi orang Umno.

Sementara itu antara pimpinan PAS yang hadir dalam program berkenaan ialah Pemangku Yang Dipertua (YDP) PAS Kawasan Tanjong Karang, Ustaz Mohd Judi Sarjo, Naib YDP, Haji Misran Serman, Ketua Dewan Pemuda PAS (DPP) Kawasan, Ustaz Haji Mat Hasbollah Sudin  dan Ketua DMP Kawasan, Ustazah Hajjah Jamiyah Yussuf.

Selain itu ialah, Setiausaha PAS Kawasan, Nor Az Azlan Ahmad, Penolong-penolong Setiausaha PAS Kawasan, Mohd Faizal Mohd Barja, Osman Ngah, Norhidayah Parmin, Bendahari PAS Kawasan, Haji Abu Hasan Amat serta beberapa AJK PAS Kawasan.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: