PAS Cawangan sertai Kempen Anti Zina Sempena Tahun Baru 2011

Kuala Selangor, 31 Dis    : Beberapa ahli PAS Cawangan telah menyertai Kempen Anti Zina Sempena sambutan Tahun baru 2011. Program tersebut adalah anjuran Kerajaan Negeri Selangor dibawah Jawatankuasa Generasi Idaman Selangor (Gems) dan melibatkan  beberapa agensi Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Negeri Selangor bersama-sama dengan parti politik dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO’s).

Antara agensi kerajaan negeri yang terlibat ialah Pejabat Tanah dan Daerah Kuala Selangor, Majlis Daerah Kuala Selangor, Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Kuala Selangor, Pusat Khidmat Masyakarat (PKM) dalam Parlimen Kuala Selangor dan Tanjong Karang dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

Manakala NGO yang terlibat dalam program tersebut ialah Yayasan Amal Malaysia (YAM), Pertubuhan Badan Kebajikan Wanita Islam Selangor (BAKEWANIS) dan lain-lain. Turut terlibat dalam program tersebut ialah Nazir-nazir dan Ahli Jawatankuasa (AJK) Masjid seluruh Daerah Kuala Selangor.

Operasi yang dimulakan pada jam 9.30 malam dimulakan dengan taklimat dan ucapan oleh Pegawai Tadbir Agama (PTA) PAID Kuala Selangor, Ustaz Hashim Muhamad sebelum peserta dibahagikan kepada tiga kumpulan untuk membuat operasi di tiga tempat yang berasingan seperti yang ditetapkan oleh pihak Urusetia.

Antara tempat yang diserbu dalam operasi tersebut ialah Pantai Remis Jeram, Universiti Industri Selangor (UNISEL), Pekan Tanjong Karang dan beberapa tempat lagi.

Dalam operasi tersebut beberapa pasang “kekasih” telah ditangkap oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ketika sedang berdua-duaan berhampiran dengan tasik di UNISEL, selain itu sepasang “kekasih” yang sedang berdua-duaan di dalam bilik di UNISEL turut ditangkap dalam operasi tersebut.

Sementara itu, dua orang pelajar lelaki telah ditangkap oleh pihak berkuasa disebuah rumah di Berjuntai Tin, kerana didapati positif dadah.

Antara yang turut serta dalam program tersebut ialah Pengarah Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Dewan Negeri (DUN) Sungai Burong, Ustaz Mohd Judi Sarjo, Ahli-ahli Majlis, Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS), Haji Misran Serman, Nor Az Azlan Ahmad, Mohd Faizal Mohd Barja, yang juga Setiausaha PAS Cawangan Batu 9 Kampung tengah, Ustaz Ahmad Alang, Zainal Abidin Abdul Samat, Mohd Faizal Baharuddin dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Sungai Tengi Kiri, Haji Roslan Basri.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: