Ahli PAS Cawangan Turut Serta Menghantar Memorandom Perlantikan SUK Negeri Selangor

Putrajaya, 4 Jan    : Pemuda Pakatan Rakyat (PR) Negeri Selangor hari ini telah menghantar memorandom kepada Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Sidek Hassan, bagi membantah tindakan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) yang melantik Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (SUK) yang baru, Dato’ Mohd Khusrin Munawi dengan membelakangkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Dato’ Seri Khalid Ibrahim, selaku ketua Kerajaan di Negeri Selangor.

Memorandom telah diketuai oleh ketiga-tiga Ketua Pemuda PR iaitu Ustaz Hasbullah Ridhwan Ketua  Dewan Pemuda PAS (DPPN) Selangor, Khairul Anwar Zainuddin, Ketua Angkatan muda PKR Selangor dan Jenice Lee (Ketua DAPSY yang juga Ahli Dewan Negeri (ADUN) Teratai, dengan diiringi oleh pimpinan Pemuda ketiga-tiga sayap.

Bantahan itu bermula dari hadapan masjid Putrajaya seawal jam 10.30 pagi dengan kawalan ketat daripada pihak Polis sejak awal pagi.

Pemuda PR turut memberikan “hadiah istimewa” untuk diserahkan kepada KSN  yang berupada Perlembangaan Undang-undang Tubuh Negeri Selangor.

Ketua DPPN Selangor, Ustaz Hasbullah, mahu KSN menarik balik pelantikan itu yang disifatkan mampu menyelesaikan kemelut ini. Beliau juga menyeru mana-mana pihak supaya tidak mengheret dan berselindung di sebalik istana dalam isu itu.

“Kita berpandangan jika KSN tarik balik, tidak mencemarkan imej beliau. Kita minta beliau memberi pertimbangan sewajarnya,” katanya lagi yang juga Ahli Majlis Perbandaran Selayang (MPS)

Sementara itu antara pimpinan DPPN Selangor yang turut hadir ialah Timbalan Ketua DPPN, Ahmad Zaidy Talib, Naib Ketua, Sany Hamzan, Ahli-ahli Jawatankuasa (AJK) DPPN, Mohd Faizal Mohd Barja, yang juga Setiausaha PAS Cawangan Batu 9 Kampung Tengah, Zahriezan Jamaluddin, Abang Ahmad Kerdy Abang Masagus, Ustaz Mohd Faudzan Mazlan dan beberapa ketua DPP Kawasan serta ahli-ahli Pemuda PAS dari seluruh Selangor.

Manakala pimpinan PAS Kawasan dan Cawangan yang turut hadir ialah Bendahari PAS Kawasan, Haji Abu Hasan Amat, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Sungai Terap, Haji Miskon Misan dan Ahli PAS Cawangan Batu 9 Kampung Tengah, Haji Ithnain Salleh

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: