Mesyuarat Agung Tahunan PAS Cawangan Kali Ke-12

Batu 9, 30 Jan    : Mesyuarat Agung Tahunan PAS Cawangan Batu 9 Kampung Tengah kali ke-12 akan diadakan di Perkarangan Bilik Gerakan PAS Cawangan pada 6 Februari 2011 bersamaan hari ahad jam 2.00 petang.

Menurut Setiausaha PAS Cawangan, Mohd Faizal Mohd Barja, Mesyuarat Agung kali ini, agak berlainan daripada tahun-tahun sebelumnya. Ini memandangkan, selain Pilihanraya Umum (PRU) ke-13 dijangka akan diadakan pada tahun ini, sekaligus akan melihat persiapan jentera pilihanraya PAS khususnya di peringkat Jawatankuasa Pilihan Raya Unit Peti Undi (JPrU) bagi menghadapi PRU.

Mesyuarat Agung kali ini, selain bergabung dengan PAS Cawangan Tanjong Karang Pekan, ia akan dirasmikan oleh Bekas Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP), Ustazah Hajjah Jamilah Ibrahim, yang juga Bekas Ahli Dewan Negara (Senator), katanya yang juga Penolong Setiausaha 1 PAS Kawasan.

Beliau yang juga Ahli Majlis, Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS), selain menyedari sebahagian besar ahli PAS Cawangan adalah terdiri daripada Muslimat, tambahan pula muslimat memainkan peranan terpenting setiap kali pilihanraya dan dalam setiap aktiviti, maka PAS Cawangan telah memilih seorang  bekas pimpinan Muslimat PAS diperingkat pusat untuk merasmikan Mesyuarat Agung Cawangan kali ini.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: