Ghazali Asari dipilih semula sebagai Ketua PAS Cawangan Batu 9 Kampong Tengah

Batu 9, 6 Feb    : Ghazali Asari, dipilih semula oleh ahli-ahli PAS Cawangan sebagai Ketua PAS Cawangan bagi sesi 2011 / 2013 menggantikan  Mohamad Shaari Jabbar semasa Mesyuarat Agung Tahunan PAS Cawangan Batu 9 Kampong Tengah Kali ke-12.

Mesyuarat Agung yang telah dirasmikan oleh Bekas Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) Ustazah Hajjah Jamilah Ibrahim, yang juga Bekas Ahli Dewan Negara telah dimulakan pada jam 3.00 petang di Perkarangan Bilik Gerakan PAS Cawangan.

Dalam Mesyuarat Agung tersebut juga, bekas Ketua PAS Cawangan, Mohamad Shaari Jabbar, pula dipilih oleh perwakilan sebagai Naib Ketua PAS Cawangan. Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS (DPP) Kawasan, Ustaz Mohd Adzim Basri Al-Hafiz, pula dipilih sebagai Ketua Jawatankuasa Pemuda PAS Cawangan (JPC), manakala Rodziah Samsudin pula dipilih oleh perwakilan sebagai Ketua Jawatankuasa Muslimat PAS Cawanga (JMC) yang baru.

Bagi Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Cawangan pula ialah Mohd Sofian Mohd Kalil, Haji Tasuki Akad, Muhd Sobirin Omar, Samudin Isan, Norazmah Muhd Kassim, Hajjah Sofiyah Ponin, Hajjah Kamaliah Sharif  dan Hajjah Siti Insiah Tahir telah dipilih oleh perwakilan.

Manakala Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Sungai Tengi Kiri, Haji Roslan Basri, dipilih semula oleh perwakilan sebagai Pengerusi Tetap PAS Cawangan, beliau telah digandingkan dengan bekas Bendahari PAS Cawangan, Mohd Fauzi Mahmud yang dipilih sebagai Timbalan Pengerusi Tetap PAS Cawangan.

Fatimah Awang dan Sarifin Isan pula dipilih sebagai Pemeriksa kira-kira 1 dan 2 PAS Cawangan Batu 9 Kmapung Tengah.

Dalam mesyuarat agung tersebut juga seramai 4 orang telah dianugerahkan “Tokoh Jasamu Dikenang 2011” iaitu dua daripada PAS Cawangan Tanjong Karang Pekan dan dua lagi daripada PAS Cawangan Batu 9 Kampong Tengah.

Bagi cawangan Batu 9 Kampong Tengah, bekas Ketua Penaja PAS Cawangan, Haji Ithnain Salleh dan bekas Ketua JMC, Hajjah Siti Insiah Tahir, telah dipilih bagi menerima anugerah tersebut yang disampaikan oleh Ustazah Jamilah Ibrahim

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: