PAS Cawangan sertai Kempen Anti Zina Sempena Tahun Baru 2011

Kuala Selangor, 31 Dis    : Beberapa ahli PAS Cawangan telah menyertai Kempen Anti Zina Sempena sambutan Tahun baru 2011. Program tersebut adalah anjuran Kerajaan Negeri Selangor dibawah Jawatankuasa Generasi Idaman Selangor (Gems) dan melibatkan  beberapa agensi Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Negeri Selangor bersama-sama dengan parti politik dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO’s).

Antara agensi kerajaan negeri yang terlibat ialah Pejabat Tanah dan Daerah Kuala Selangor, Majlis Daerah Kuala Selangor, Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Kuala Selangor, Pusat Khidmat Masyakarat (PKM) dalam Parlimen Kuala Selangor dan Tanjong Karang dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

Manakala NGO yang terlibat dalam program tersebut ialah Yayasan Amal Malaysia (YAM), Pertubuhan Badan Kebajikan Wanita Islam Selangor (BAKEWANIS) dan lain-lain. Turut terlibat dalam program tersebut ialah Nazir-nazir dan Ahli Jawatankuasa (AJK) Masjid seluruh Daerah Kuala Selangor.

Operasi yang dimulakan pada jam 9.30 malam dimulakan dengan taklimat dan ucapan oleh Pegawai Tadbir Agama (PTA) PAID Kuala Selangor, Ustaz Hashim Muhamad sebelum peserta dibahagikan kepada tiga kumpulan untuk membuat operasi di tiga tempat yang berasingan seperti yang ditetapkan oleh pihak Urusetia.

Antara tempat yang diserbu dalam operasi tersebut ialah Pantai Remis Jeram, Universiti Industri Selangor (UNISEL), Pekan Tanjong Karang dan beberapa tempat lagi.

Dalam operasi tersebut beberapa pasang “kekasih” telah ditangkap oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ketika sedang berdua-duaan berhampiran dengan tasik di UNISEL, selain itu sepasang “kekasih” yang sedang berdua-duaan di dalam bilik di UNISEL turut ditangkap dalam operasi tersebut.

Sementara itu, dua orang pelajar lelaki telah ditangkap oleh pihak berkuasa disebuah rumah di Berjuntai Tin, kerana didapati positif dadah.

Antara yang turut serta dalam program tersebut ialah Pengarah Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Dewan Negeri (DUN) Sungai Burong, Ustaz Mohd Judi Sarjo, Ahli-ahli Majlis, Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS), Haji Misran Serman, Nor Az Azlan Ahmad, Mohd Faizal Mohd Barja, yang juga Setiausaha PAS Cawangan Batu 9 Kampung tengah, Ustaz Ahmad Alang, Zainal Abidin Abdul Samat, Mohd Faizal Baharuddin dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Sungai Tengi Kiri, Haji Roslan Basri.

Leave a comment »

Hari Keputeraan DYMM Sultan Selangor

Leave a comment »

Hari Keputeraan DYMM Sultan Selangor

Leave a comment »

Penjelasan Isu Semasa

Leave a comment »

PAS Perlu Menang Dengan Kekuatan Sendiri

Shah Alam, 14 Nov : PAS perlu menang dalam pilihan raya dengan kekuatan sendiri bukan menumpang kelemahan Umno BN, kata Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.

Beliau berkata demikian sewaktu berucap dalam majlis perasmian program “PAS Sedia Ganti Umno” yang dianjurkan oleh Lajnah Penerangan dan Dakwah PAS Pusat yang diadakan di Dewan Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA)

Katanya, biarpun Umno lemah namun kekuatan itu perlu dibina kerana cabaran paling besar adalah bukan untuk menang, tetapi kekuatan untuk mengisi kemenangan. Kita mahu supaya parti kita mencapai kejayaan dengan kekuatan kita sendiri, bukan dengan kelemahan yang ada pada lawan kita.

Antara pemimpin PAS Pusat yang hadir pada seminar itu ialah Timbalannya, Ustaz Nasharudin Mat Isa, Naib Presiden, Salahuddin Ayub, Ketua Dewan Muslimat PAS (DMP), Ustazah Hajjah Nuridah Mohd Salleh, Setiausaha Agung, Dato’ Haji Mustafa Ali, pengarah pilihan raya, Ustaz Dato’ Haji Abdul Halim Abdul Rahman,

Dalam ucapannya, beliau telah menggariskan sebanyak tiga perkara bagi membina kekuatan dalam PAS agar parti itu mampu memerintah negara.

Pertama, katanya adalah kekuatan aqidah Islam di kalangan setiap ahli. Ianya termasuk persoalan akhlak, ibadah dan tarbiyah yang mantap untuk melalui perjuangan yang penuh liku. Kalau sama sahaja kita dengan Umno, sama-sama tak sembahyang, sama-sama tak berjemaah, dan tak kuat hubungan dengan Allah, kita tidak akan menang,” katanya yang juga Ahli Parlimen Marang.

Kedua, ujarnya adalah kekuatan pada organisasi yang baik termasuk cawangan yang banyak dan bergerak dan ahli yang ramai. Antara sebab kawasan PAS kalah pada pilihan raya, katanya adalah kerana tidak mempunyai cawangan yang banyak dan tidak bergerak.

“Berlawan dengan Umno ni lebih teruk berlawan dengan orang gila dan bodoh. Orang gila dan bodoh tak boleh buat undang-undang, tapi Umno boleh buat apa sahaja untuk menangkan mereka. Sebab itu kita kena kuat,” tambahnya lagi.

Manakala perkara ketiga pula katanya adalah strategi yang baik dan digerakkan ke akar umbi.  Strategi di semua peringkat jelasnya perlu diselaras agar memberi kesan yang besar pada setiap tindakan yang dibuat. Selain itu beliau turut meminta Umno mengaku kelemahan mereka dan berundur secara demokratik dengan memberi laluan kepada PAS dan Pakatan Rakyat memerintah negara.  Ia kerana parti itu sudah jelas lemah dan tidak mampu mengurus rakyat dan negara dengan baik.

“Hari ini Umno adalah teras kepada kepimpinan negara. Kita tahu masalah yang dihadapi walaupun cuba nak sembunyi dengan pelbagai undang-undang tapi akhirnya terdedah. Sebab itu kita mintak secara terhormat dan demokratik seperti berlaku di negara-negara lain, pilihan raya adil dan bebas di mana parti pemerintah yang mengalami masalah, sedia berundur. Tapi keadaan ini tak berlaku dalam negara kita,” katanya.

Beliau bagaimanapun turut menggesa ahli agar meneruskan usaha dakwah kepada rakyat termasuk ahli Umno agar melakukan perubahan.

Menurutnya, PAS tidak akan menang dengan hanya mengharapkan kepada undi ahli sahaja malah juga memerlukan undi orang Umno.

Sementara itu antara pimpinan PAS yang hadir dalam program berkenaan ialah Pemangku Yang Dipertua (YDP) PAS Kawasan Tanjong Karang, Ustaz Mohd Judi Sarjo, Naib YDP, Haji Misran Serman, Ketua Dewan Pemuda PAS (DPP) Kawasan, Ustaz Haji Mat Hasbollah Sudin  dan Ketua DMP Kawasan, Ustazah Hajjah Jamiyah Yussuf.

Selain itu ialah, Setiausaha PAS Kawasan, Nor Az Azlan Ahmad, Penolong-penolong Setiausaha PAS Kawasan, Mohd Faizal Mohd Barja, Osman Ngah, Norhidayah Parmin, Bendahari PAS Kawasan, Haji Abu Hasan Amat serta beberapa AJK PAS Kawasan.

Leave a comment »

Walaupun tewas di Galas, penyokong PAS diminta jangan kecewa

Galas, 4 Nov    : Walaupun tidak Berjaya mempertahankan kerusi N45 Galas di dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) ia tidak akan melemahkan semangat ahli dan penyokong PAS bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan datang.

Dalam PRK DUN Galas, calon PAS Dr Zulkifli Mohamed kepada calon Barisan Nasional (Bn) Abd Aziz Yusof dengan majoriti 1,190 undi. Dr Zilkifli , berjaya memperolehi undi sebanyak 4,134 berbanding calon Bn, 5,324.

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Bentara Setia Haji Nik Abd Aziz Nik Mat, meminta para penyokong dan anggota PAS tidak kecewa berikutan kekalahan PAS  dalam PRK DUN Galas.

Sebagai pejuang Islam, katanya, mereka tidak patut kecewa dengan keadaan itu yang dianggap sebagai suatu cabaran yang mesti dihadapi, kata yang juga Menteri Besar Kelantan.

Sementara itu, Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Ustaz Dato’ Haji Abdul Halim Abdul Rahman, berkata faktor penglibatan Tengku Razaleigh Hamzah sebagai Pengarah Pilihan Raya BN akan dijadikan salah satu kajian dalam ‘post mortem’ PAS.

Beliau berkata walaupun pihaknya telah menduga kekalahan PAS dalam pilihan raya kecil itu tetapi kemenangan BN dengan memperoleh majoriti besar agak mengejutkan mereka.

Abdul Halim yang juga anggota Parlimen Pengkalan Chepa menolak kemungkinan kelemahan dalam pelaksanaan strategi menyebabkan kekalahan PAS itu.

PRK DUN Galas akan diadakan pada 4 November 2010 berikutan kematian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas, Che Hashim Sulaima akibat penyakit barah usus yang dihidapi sejak 2 tahun yang lalu.

Che Hashim memenangi kerusi DUN Galas dalam Pilihan Raya Umum (PRU) 8 Mac 2008 dengan majoriti,  646 apabila mengalahkan calon Bn, Saufi Deraman. Allahyarham mendapat 4,399 undi menewaskan penyandang dari BN, yang mendapat 3,753 undi.

Leave a comment »

PAS Cawangan Sertai Taklimat Semakan Daftar Pemilih Tambahan

Jalan Jepun, 29 Okt    : Bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 yang dijangka akan diadakan pada tahun depan, Jabatan Pilihan Raya Kawasan (JPrK) Tanjong Karang telah mengadakan taklimat semakan Daftar Pemilih Tambahan (DPI) bagi suku ketiga tahun 2010 di Kompleks PAS DUN Sungai Burong (KOMPAS).

Program yang julung-julung kalinya diadkan ini melibatkan seluruh jentera pilihanraya PAS dipelbagai peringkat dari Unit Peti undi (UPU) sehingga ke peringkat Kawasan.

Pemangku Yang Dipertua (YDP) PAS Kawasan, Ustaz Mohd Judi Sarjo, yang juga Pengarah Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Dewan Negeri (DUN) Sungai Burong berharap ahli-ahli PAS disemua peringkat meningkat semangat mulai sekarang bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) yang dijangka akan diadakan pada tahun hadapan.

Sementara itu, Naib YDP PAS Kawasan, Haji Misran Serman, yang juga Pengarah JPrK Tanjong Karang telah memberikan taklimat berkaitan dengan senaerai DPT yang diedarkan kepada seluruh jentera PAS.

Seramai lebih 50 orang jentera pilihanrata PAS termasuk Dewan Pemuda dan Muslimat PAS Tanjong karang telah menyertai program tersebut.

Antara pimpinan PAS Cawangan yang turut hadir ialah Ketua PAS Cawangan Batu 9 Kampung Tengah, Mohd Shaari Jabbar, Setiausaha PAS Cawangan, Mohd Faizal Mohd Barja, merangkap Penolong Setiausaha 1 PAS Kawasan dan Ketua Jawatankuasa Pemuda PAS Cawangan (JPC), Muhd Sobirin Omar.

Leave a comment »