Bab 1

SEJARAH PENUBUHAN PAS CAWANGAN

PAS Cawangan Batu 9 Kampung Tengah telah ditubuhkan pada awal tahun 1999 oleh beberapa orang aktivis PAS yang tinggal di Kampung Sungai Tengi Kiri. Sebelum ini, kebanyakan daripada mereka terlibat dengan PAS Cawangan Sungai Tengi Kiri.
 
Tetapi selepas terjadinya perubahan politik yang berlaku di dalam negara, berikutan pemecatan Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, pada 2 September 2008, sokongan kepada PAS telah meningkat di seluruh pelusuk tanah air, terutama di kalangan orang-orang Melayu.
 
Berikutan itu, beberapa orang aktivis PAS yang terlibat di Cawangan Sungai Tengi Kiri dan tinggal di Kampung Sungai Tengi Kiri telah mencadangkan untuk menubuhkan PAS Cawangan Batu 9 Kampung Tengah. Dengan keahlian seramai 25 orang ketika mula-mula ditubuhkan, keahlian PAS Cawangan telah meningkat dengan mendadak setelah ia ditubuhkan secara rasmi.
 
Di antara pengasas yang bertanggungjawab dalam penubuhan PAS Cawangan ini ialah, Haji Maskur Haupu-ithnin022ji Ahmad, Haji Ithnain Salleh dan beberapa orang lagi aktivis PAS Cawangan. Mesyuarat pertama penubuhan PAS Cawangan yang diadakan di rumah Haji Tasuki @ Mukri Bin Akad, telah bersetuju untuk menubuhkan Jawatankuasa Penaja PAS Cawangan, dan Haji Ithnain Salleh telah dilantik sebagai Ketua Penaja PAS Cawangan.
 
PAS Cawangan Batu 9 Kampong Tengah telah didaftarkan menggunakan alamat D/A Haji Maskur Bin Haji Ahmad, Lot 1139 Surau Haji Ahmad, Kampung Tengah, 45500 Tanjong Karang Selangor.
 
Berikut adalah senarai Ahli Jawatankuasa Penaja PAS Cawangan Batu 9 Kampung Tengah yang telah bertanggungjawab menubuh dan menggerakkan PAS Cawangan di peringkat awal:
Ketua                                           : Haji Ithnain Bin Salleh
Naib Ketua                                : Haji Maskur  Bin  Haji Ahmad
Setiausaha                                 : En Roslan Bin  Basri
Bendahari                                  : En Saruani Bin Isan
Ketua Penerangan                  : En Mohamad Shahri Bin Jabbar
Ketua Pemuda                         : En Sarifin Bin Isan
Ketua Muslimat                      : Puan Che Liah Binti Mohamad Ariff
Ahli Jawatankuasa Penaja  : En Abd Malek Bin Othman
                                                       : En Ali Bin Md Sham
                                                       : En Mohamed Barja Bin Abd Rahim
                                                       : En Ghazali Bin Asari
                                                       : En Sanusi Bin Salleh
                                                       : Haji Tasuki Bin Akad
 
Oleh kerana ketika itu Pilihanraya umum ke-10 semakin hampir, tambahan pula PAS Cawangan masih belum lagi mempunyai dana yang mencukupi rumah-012untuk membina markaznya sendiri, salah seorang daripada Ahli Jawatankuasa (AJK) Penaja PAS Cawangan, En Mohamed Barja Abd Rahim, telah menawarkan sebahagian rumahnya untuk dijadikan sebagai Bilik Gerakan PAS Cawangan.
 
Sejak daripada itu kebanyakan kegiatan PAS Cawangan, terutama dalam gerak kerja Pilihanraya umum ke-10 ketika itu dijalankan di rumah En. Mohamed Barja. Kejayaan yang paling manis bagi PAS Cawangan ialah dengan kemenangan calon PAS semasa itu, Dato’ Dr Hasan Mohamed Ali, di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Burong dengan mengalahkan calon Barisan Nasional (BN) Dato’ Mohd Aini Taib dengan Majoriti 91 undi. Dato’ Dr Hasan Ali mendapat undi 5,591 berbanding Dato’ Aini Taib yang memperolehi 5,500.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: