Bab 2

PERKEMBANGAN  PAS CAWANGAN

PAS Cawangan Batu 9 Kampung Tengah, telah diluluskan pendaftarannya oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) pada 4hb April 2000 dengan nombor pendaftarannya PPM 26/52-5895 dan mulai saat itu PAS Cawangan tidak pernah berhenti daripada melakukan sebarang aktiviti baik yang dianjurkan oleh PAS Cawangan sendiri ataupun PAS Kawasan Tanjong Karang.

Mesyuarat Agung PAS Cawangan yang pertama telah dirasmikan oleh Yang Dipertua (YDP) ustaz-fadzlinPAS Kawasan Tanjong Karang, Ustaz Mohd Fadzlin Taslimin (Kini YDP PAS Sungai Besar), di rumah En Mohamed Barja. Di dalam Mesyuarat Agung Pertama tersebut, En Ghazali Asari, telah dipilih oleh perwakilan sebagai Ketua PAS Cawangan yang baru manakala Haji Ithnain Salleh telah dipilih sebagai Naib Ketua PAS Cawangan.

Antara pimpinan PAS Kawasan yang hadir ketika itu ialah Naib YDP PAS Kawasan, Haji Mohd Saad Ibrahim, Setiausaha PAS Kawasan, Haji Abd Karim Satar dan beberapa orang pimpinan PAS Kawasan Tanjong Karang.

Sepanjang penubuhannya, PAS Cawangan juga tidak pernah gagal dalam menjalankan tanggungjawab yang diperuntukkan oleh Perlembagaan PAS iaitu Mesyuarat Agung Tahunan dan Mesyuarat AJK PAS Cawangan bagi hasan-shukri005merancang program-program di peringkat Cawangan ataupun arahan-arahan yang dikeluarkan oleh PAS Kawasan Tanjong Karang untuk dilaksanakan di peringkat cawangan dari masa ke semasa.

PAS Cawangan kini mempunyai ahli berdaftar seramai 57 orang. Ini menunjukkan PAS Cawangan ini diterima baik oleh masyarakat. PAS Cawangan juga sedang berusaha untuk menambahkan keahlian selaras dengan kempen “Jom Sertai PAS” yang dianjurkan oleh Dewan Pemuda PAS Pusat.

Selain itu, PAS Cawangan pernah merancang untuk membina sebuah markaz PAS Cawangannya sendiri untuk memudahkan pentadbiran dan aktiviti PAS Cawangan, namun rancangan tersebut masih belum dapat dilaksanakan pada masa ini, disebabkan oleh masalah kewangan.

Begitu juga dalam soal pendidikan, PAS Cawangan pernah merancang untuk menubuhkan Pusat Asuhakelompok06n Tunas Islam (PASTI) untuk memberi pendidikan Islam kepada anak-anak pra-sekolah di sekitar Kampung Sungai Tengi Kiri. Namun rancangan tersebut masih juga belum dapat dilaksanakan pada masa ini. Namun PAS Cawangan bertekad untuk menubuhkan PASTI tersebut di Kampung ini pada masa akan datang.

Begitu juga dalam soal pendidikan, PAS Cawangan pernah merancang untuk menubuhkan Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) untuk memberi pendidikan Islam kepada anak-anak pra-sekolah di sekitar Kampung Sungai Tengi Kiri. Tetapi rancangan tersebut masih juga belum dapat dilaksanakan pada masa ini. Namun PAS Cawangan bertekad untuk menubuhkan PASTI tersebut di Kampung ini pada masa akan datang.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: