Bab 3

PILIHANRAYA

Sejak ditubuhkan, PAS Cawangan Batu 9 Kampung Tengah telah terlibat secara langsung dengan pilihanraya sebanyak 3 kali iaitu Pilihanaraya  Umum (PRU) ke-10 pada tahun 1999, PRU ke-11 pada tahun 2004 dan yang terakhir didalam PRU ke-12 yang diadakan pada tahun 2008.

PAS Cawangan bersama dua lagi Cawangan iaitu PAS Cawangan Tanjong Karang Pekan dan PAS Cawangan Taman Damai diberi tanggungjawab untuk menjaga 2 peti Undi iaitu, Unit Peti Undi (UPU) Tanjong Karang Tempatan Kilang dan Tanjong Karang Tempatan Ladang.

Sepanjang hasan-ali09tempoh tersebut, PAS Cawangan telah berjaya membantu kemenangan calon PASajk-yusofwahab2 di DUN Sungai Burong melalui calonnya Dato’ Dr Hasan Mohamed Ali, di dalam PRU ke-10 pada tahun 1999 dengan majoriti 91 undi, menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Dato’ Mohd Aini Taib, yang juga penyandang kerusi tersebut. Walaubagaimanapun calon PAS di peringkat Parlimen, Dr Md Yusof Abd Wahab, telah tewas di tangan calon BN, Dato’ Noh Omar dengan majoriti dibawah 2,000 undi.

Manakala di dalam PRU ke-11 pada tahun 2004, PAS gagal mempertahankan kerusi dsc012181yang disandang di DUN Sungai Burong apabila calonnya Dato’ Dr Hasan Mohamed Ali tewas di tangan calon BN, Mohd Samsudin Lias. Begitu juga calon Parlimen, Ustaz Abd Ghani Shamsudin, tewas di tangan calon BN, Dato’ Noh Omar.

Di dalam PRU ke-12, pada 8 Mac 2008, PAS masih gagal memenangi kembali kerusi DUN Sungai Burong yang dimenangi pada tahun 1999, apabila calonnya, Ustaz Abd Ghani Shamsudin tewas di tangan calon BN, Dato’ Mohd Shamsudin Lghani-shamsudin021ias dan di peringkat Parlimen, calonnya, Mohamad Hanipa Mhanipaaidin, tewas ditangan calon BN, Dato’ Noh Omar. Walaubagaimanapun jumlah undi yang diterima oleh kedua-dua calon PAS telah meningkat berbanding pilihanraya umum yang lepas.

PRU ke-12 yang lalu juga menyaksikan PAS Cawangan telah kehilangan seorang petugas yang sangat komited, semasa sedang membuat persiapan untuk menghadapi PRU. Bendahari PAS Cawangan, Sanusi Salleh, 50, telah terkorban semasa hendak memasang papan tanda calon di Pekan Tanjong Karang. Allahyarham yang ketika itu berada di belakang lori yang membawa papan tanda tersebut, tanpa disedari oleh rakan-rakannyaimg_2908 telah terjatuh dari lori.

Akibat daripada kejadian tersebut, Allahyarham mengalami kecederaan yang teruk di bahagian kepala dan dikejarkan di Hospital Tanjong Karang. Allahyarham telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di hadapan isteri dan anak-anaknya serta rakan seperjuangan di Hospital Tanjong Karang pada 27 Februari 2008 yang lalu. Al-Fatihah

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: