Bab 4

JAWATANKUASA PEMUDA PAS CAWANGAN

Pemuda merupakan sayap kanan dalam PAS dan tenaga Pemuda merupakan tenaga penting sebagai jentera PAS semasa pilihanraya, bahkan merupakan generasi pelapis pada masa akan datang. Penubuhan Jawatankuasa Pemuda PAS Cawangan agak lewat berbanding PAS Cawangan dan Jawatankuasa Muslimat PAS Cawangan. upu-saripinTetapi mengikut rekod PAS Cawangan, Ketua Jawatankuasa Pemuda PAS Cawangan yang pertama ialah En Sarifin Bin Isan, sebagai Ketua Penaja di awal penubuhannya.

Sebaik sahaja PAS Cawangan Batu 9 Kampung Tengah telah ditubuhkan secara rasminya pada 4hb April 2000, En Sarifin Bin Isan terus diberi kepercayaan sebagai Ketua Jawatankuasa Pemuda PAS upu-supian02Cawangan. Manakala pada tahun 2001, En Mohamad Sofian Bin Mohamad Khalil telah dipilih sebagai Ketua Jawatankuasa Pemuda PAS Cawangan  sehingga sekarang.

Jawatankuasa Pemuda PAS Cawangan berjaya ditubuhkan dengan melantik beberapa ahli pemuda sebagai AJK Pemuda PAS Cawangan ialah pada tahun 2006. Ini beriimg_0680kutan, terdapat beberapa orang pemuda di Kampung Sungai Tengi Kiri, telah mendaftar sebagai ahli PAS sekaligus bergiat aktif dengan PAS khususnya bersama dengan Pemuda PAS Cawangan

Seperti yang disebutkan tadi, Pemuda merupakan generasi pelapis kepada kepimpinan akan datang dan merupakan tonggak yang penting kepada perjuangan ini. Setelah sedekad penubuhan PAS Cawangan, semakin ramai anak-anak muda yang menjadi ahli PAS di Cawangan ini.

Mengikut rekod terkini, jumlah Ahli PAS Cawangan yang berumur 40 tahun ke bawah ialah seramai 15 orang. Ini menunjukkan PAS Cawangan ini telah mendapat kepercayaan dikalangan anak-anak muda yang ingin berjuang untuk menegakkan Islam.

Jawatankuasa Pemuda Cawangan jugaimg_0920 sedang bergiat aktif untuk menambahkan keahlian PAS Cawangan di kalangan anak-anak muda yang berumur 40 tahun kebawah untuk bersama-sama dengan PAS.  Perkembagan terkini yang berlaku menunjukkan bahawa peluang PAS Cawangan untuk menarik sokongan dikalangan orang muda amat cerah.

Peranan Pemuda di peringkat PAS Cawangan juga telah diberikan perhatian yang sewajarnya, ini terbukti apabila beberapa orang Pemuda PAS Cawangan telah diberikan kepercayaan sebagai AJK PAS Cawangan untuk memberikan peluang kepada mereka memberikan segala pandangan dan cadangan  di dalam Mesyuarat AJK PAS Cawangan.

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: