Bab 5

JAWATANKUASA MUSLIMAT PAS CAWANGAN

Muslimat merupakan tenaga penting dan merupakan sayap kiri kepada PAS. Selaras dengan itu, Jawatankuasa Muslimat PAS Cawangan telah ditubuhkan pada tahun 2001. Mengikut rekod Ketua Penaja Jawatankuasa Muslimat PAS Cawangan ialah, Puan Che Liah Binti Mohamad Ariff, pada tahun 1999.

upu-siti-insiahKemudian Puan Siti Insiah Haji Tahir, telah diamanahkan oleh perwakilan sebagai Ketua Jawatankuasa Muslimat PAS Cawangan pada tahun 2001. Sebaik sahaja Puan Siti Insiah menjadi Ketua, Jawatankuasa Muslimat PAS Cawangan telah ditubuhkan dengan melantik beberapa orang Muslimat sebagai AJK, antaranya Puan Supiyah Ponin sebagai Naib Ketua, Puan Kamaliah Sharif sebagai Setiausaha Jawatankuasa Muslimat PAS Cawangan serta beberapa orang lagi ahli Muslimat yang dilantik sebagai AJK.

Sehingga kini, Puan Siti Insiah, masih lagi mengetuai Muslimat PAS Cawangan dan sangat komited dalam membimbing ahli-ahli Muslimat Cawangan dan wanita-wanita di sekitar kampung dengan ilmu pengetahuan khususnya untuk mendalami ajaran Islam yang syumul.dsc03754

Rumahnya  telah dijadikan sebagai tempat untuk Muslimat PAS Cawangan dan wanita di kampung mengikuti kelas pengajian sebanyak dua kali seminggu iaitu pada hari Sabtu petang dibimbing oleh Ustazah Noraini. Manakala pada hari Selasa petang pula mereka dibimbing oleh AJK Dewan Muslimat PAS (DMP) Kawasan, Ustazah Hajjah Asmah Ahmad, merangkap AJK PAS Kawasan yang juga merupakan pesara guru agama.

Peranan Muslimat memang sangat diperlukan di dalam organisasi sebagaimana Pemuda, bukan sahaja semasa pilihanraya. Oleh itu, PAS Cawangan juga telah mengiktiraf peranan Muslimat sebagai sebahagian daripada pemimpin di peringkat Cawangan. Justeru itu, mulai pada tahun 2003 seramai 3 orang Muslimat telah dipilih dan dilantik sebagai AJK PAS Cawangan sehingga sekarang. Secara tidak langsung Muslimat PAS Cawangan mempunyai 4 orang wakil di dalam 100_0892Jawatankuasa PAS Cawangan termasuk Ketua Jawatankuasa Muslimat, untuk memberikan pandangan dan cadangan mereka terhadap perkembangan PAS di peringkat Cawangan.

Sebagaimana Pemuda PAS Cawangan, Muslimat PAS Cawangan juga telah mendapat sokongan daripada wanita-wanita muda. Mengikut rekod terkini jumlah keahlian PAS Cawangan di kalangan Muslimat ialah seramai 22 orang yang terdiri dari golongan berusia dan golongan muda.

Bagi menarik golongan Muslimat Muda untuk bergiat aktif dengan PAS, muslimat PAS Cawangan sedang merancang untuk menubuhkan Nisa’ di peringkat cawangan. Ini bagi mengembleng seluruh tenaga Muslimat khususnya dari  golongan wanita muda untuk melibatkan diri dengan parti seterusnya menjadi pelapis pada masa-masa yang akan datang.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: