Bab 7

JATUH BANGUN PAS CAWANGAN

Ahli-ahli PAS Cawangan sentiasa komited bersama-sama dengan PAS dalam keadaan jatuh dan bangun perjuangan PAS. Di awal penubuhan PAS Cawangan, PAS telah memenangi kerusi DUN Sungai Bforum04urong pada tahun 1999 di dalam Pilihanraya Umum ke-10. Manakala pada Pilihanraya Umum ke-11 pada tahun 2004, PAS telah diuji dengan kekalahan yang mengejutkan. Namun ahli PAS Cawangan masih komited dengan parti sehingga sekarang.

Dengan izin Allah, di dalam Pilihanraya umum ke-12 pada tahun 2008 yang lalu, PAS bersama Parti KeADILan Rakyat (PKR) dan Democratic Action Party (DAP) telah bekerjasama di dalam Pakatan Rakyat (PR) dalam menerajui Kerajaan Negeri Selangor, bersama 4 buah lagi negeri yang dimenangi oleh PR di dalam PRU tersebut.

Walaupun PAS tewas di DUN Sungai Burong dan Parlimen Tanjong Karang, dengan kemenangan ini secara tidak langsung PAS Cawangan kini turut terlibat secara langsung dalam pentadbiran Kerajaan Negeri dengan memainkan peranan di peringkat Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).

Kini secara sedar ataupun tidak PAS Cawangan Batu 9 Kampong Tengah akan berusia 10 tahun pada tanggal 4 April 2009 nanti. Pada usia sedekad ini, ahli-ahli PAS Cawangan telah berjaya mengharungi segala pahit manis dalam ceramah01perjuangan ini.

Pada masa yang akan datang banyak lagi ranjau yang perlu dilalui dalam mengemudi bahtera perjuangan ini.  Apa yang diharapkan ialah, dengan komitmen yang telah diberikan oleh ahli-ahli, PAS Cawangan akan terus berkembang pada masa-masa yang akan datang.

Ahli-ahli PAS Cawangan mestilah berusaha dengan lebih keras lagi untuk meningkatkan sokongan orang ramai kepada parti ini melalui pelbagai cara. Begitu juga kepada Jawatankuasa Pemuda dan Muslimat PAS Cawangan, selepas ini perlulah memikirkan pelbagai program yang akan dapat mendekatkan golongan pemuda dan wanita terutamanya wanita muda untuk memberikan sokongan seterusnya menjadi ahli PAS di Cawangan ini.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: