Tokoh 1

MOHAMED BARJA BIN HAJI ABDUL RAHIM

upu-abah01Beliau merupakan di antara pengasas PAS Cawangan Batu 9 Kampong Tengah, dilahirkan pada tanggal 19 Julai 1950 di Kampong Seri Tiram Jaya, 45500 Tanjong Karang, Selangor. Merupakan anak ke-7 daripada 10 orang adik beradik, 3 lelaki dan 7 perempuan. Bapanya Abdul Rahim bin Sotokeromo, merupakan seorang petani manakala ibunnya Jariah binti Haji Abd Rasid, pula merupakan suri rumah sepenuh masa.

Mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Seri Tiram Jaya dan menyambung pelajaran di Sekolah Menengah Dato’ Harun, Tanjong Karang, sehingga mendapat Malaysian Certificate Of Education (MCE) pada tahun 1967.

Sebaik sahaja menamatkan alam persekolah beliau telah bekerja sebagai konductor bas di Kuala Lumpur, kemudian di Kem Tentera sebagai pengawal keselamatan, sebelum berhenti kerja dan bekerja sendiri sebagai seorang tukang rumah disamping menjalankan perniagaan kecil-kecilan iaitu membuat batu blok.

Beliau telah mendirikan rumahtangga dengan Supatmi Binti Sanimon, 62, pada 13 Ogos 1976 dan telah dikurniakan seramai 3 orang cahayamata seorang lelaki dan 2 orang perempuan. Anak pertamanya, Aruna Irani Binti Mohamed Barja telah meninggal dunia sejak kecil, manakala anak keduanya, Mohamad Faizal Bin Mohamed Barja, 28 dan anak ke-3 pula ialah NorSyahidah binti Mohamed Barja, 22.

Semasa di awal penubuhan PAS Cawangan Batu 9 Kampong Tengah, Allahyarham telah menawarkan sebahagian rumahnya untuk dijadikan sebagai Bilik Gerakan PAS Cawangan di mana ketika itu, PAS sedang berhadapan dengan Pilihanraya Umum ke-10 tahun 1999. Dan sehingga sekarang pentadbiran PAS Cawangan masih berjalan di rumah Allahyarham.

Mula memainkan peranan secara aktif dengan PAS sejak penubuhan PAS Cawangan Batu 9 Kampong Tengah tahun 1999 sebagai salah seorang Ahli Jawatankuasa (AJK) Penaja PAS Cawangan dan telah memegang jawatan tersebut sehingga beliau meninggal dunia, pada 10 Jun 2002 di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang. Sebelum itu beliau merupakan ahli biasa di Cawangan Sungai Tengi Kiri.

Diperingkat kampong pula beliau adalah pengasas Surau An-Nur Batu 9 Lorong Menanti 1 dan merupakan imam di surau berkenaan. Surau tersebut yang pada asalnya merupakan sebuah Sekolah Taman Asuhan Kanak-Kanak Islam (TASKI) An-Nur dibawah kelolaan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Tanjong Karang telah dijadikan surau pada tahun 2000 sebaik sahaja TASKI mempunyai bangunan sendiri dan sebaris dengan tapak surau berkenaan.

Sebelum surau tersebut diwujudkan, Allahyarham merupakan imam Surau Al-Ikhwan, Lorong Menanti 2 selama beberapa tahun.

Sehingga kini, isterinya, Supatmi Sanimon, masih lagi terlibat secara aktif dengan PAS Cawangan sebagai Ahli Jawatankuasa Muslimat PAS Cawangan (JMC) sejak tahun 2003 sehingga sekarang. Manakala anaknya, Mohamad Faizal, 28, juga terlibat secara aktif dengan PAS sebagai Ahli Jawatankuasa (AJK) Dewan Pemuda PAS (DPP) Negeri Selangor, Penolong Setiausaha PAS Kawasan Tanjong Karang dan Setiausaha DPP Kawasan Tanjong Karang.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: