Tokoh 2

Allahyarham Sanusi Bin Salleh

Sanusi Bin Salleh dilahirkan pada 27hb April 1958 di Kampung Jaya Setia, Batang Berjuntai, Kuupu-sanusiala Selangor. Allahyarham yang telah mendapat pendidikan sehingga Darjah Enam, telah mendirikan rumah tangga dengan Fatimah mah Binti Hashim pada tahun 1985 dan telah dikurniakan seramai 7 orang cahayamata. Allahyarham yang pernah bekerja di lombong Batang Berjuntai sebelum berpindah ke Kampung Sungai Tengi Kiri pada tahun 1989 dan bekerja sendiri sebagai seorang petani merupakan aktivis PAS yang sangat rajin menjalankan amanahnya. Beliau adalah merupakan AJK PAS Cawangan yang sering tiba awal setiap kali mesyuarat AJK dan aktiviti PAS Cawangan.

Allahyarham Sanusi Bin Salleh, terlibat secara langsung dengan PAS Cawangan sejak awal penubuhannya pada tahun 1999 dan telah dilantik sebagai AJK PAS  Cawangan selama beberapa penggal, sebelum dilantik sebagai Bendahari PAS Cawangan pada tahun 2007.

Allahyarham meninggal dunia semasa sedang bertugas di dalam Pilihanraya Umum ke-12 yang lepas. Allahyarham yang ketika itu duduk di bahagian belakang lori semasa hendak memasang papan tanda PAS di pekan Tanjong Karang, tiba-tiba terjatuh dari lori dan mengalami kecederaan yang parah di bahagian kepala. Allahyarham telah dikejarkan ke Hospital Tanjong Karang dan telah menghembuskan nafas terakhir di sisi isteri dan anak-anak serta rakan seperjuangan pada 27 Februari 2008.

Jenazah Allahyarham telah disembahyangkan oleh Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat, Ustaz Haji Abd Ghani Shamsudin yang juga Calon PAS N08 Sungai Burong dan telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Tanjong Karang.

Sesungguhnya, pemergian kedua-dua aktivis PAS Cawangan tersebut yang telah memberikan sumbangan baktinya sejak diawal penubuhan PAS Cawangan adalah merupakan satu kehilangan besar kepada PAS Cawangan Batu 9 Kampung Tengah.

Kecekalan dan kegigihan mereka sewajarkan menjadi contoh kepada seluruh ahli-ahli PAS di Kawasan Tanjong Karang amnya dan ahli PAS Cawangan khasnya.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: