Tokoh 3

 TUAN HAJI ITHNAIN BIN SALLEH

 Tuan Haji Ithupu-ithnin02nain Bin Salleh dilahirkan pada 20hb Jun 1941 di Batu 10 Tanjong Karang, merupakan anak ke 3 daripada 10 orang adik beradik dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Sungai Sireh. Merupakan seorang pesara Jabatan Kerajaan dan telah mendirikan rumahtangga dengan Puan Hajjah Jaiton Binti Ibrahim pada tahun 1966.

 Mula menyertai PAS sejak tahun 1970 di cawangan Sungai Tengi Kiri, merupakan aktivis PAS yang komited dengan perjuangan dari dulu sehingga sekarang dan pernah memegang jawatan dalam PAS antaranya sebagai Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Cawangan Sungai Tengi Kiri sehingga tahun 1998.

 Manakala pada tahun 1999 beliau bersama beberapa orang aktivis PAS Cawangan Sungai Tengi Kiri telah menubuhkan PAS Cawangan Batu 9 Kampong Tengah dan telah diamanahkan sebagai Ketua Penaja PAS Cawangan.

 Pada tahun 2000 sebaik sahaja PAS Cawangan telah sah didaftarkan oleh Pendaftar Pertubuhan, beliau telah diamanahkan sebagai Naib Ketua PAS Cawangan sehingga tahun 2007. Pada tahun 2007 beliau telah diamanahkan sebagai Ketua Penerangan PAS Cawangan sehingga tahun 2009.

Selain itu beliau juga merupakan telah diamanahkan sebagai Ketua Unit Peti Undi (UPU) Tanjong Karang Tempatan Kilang dari tahun 2003 sehingga 2008.

Sebaik sahaja bersara daripada Jabatan Kerajaan pada tahun 1996 sebagai Tukang Kebun di Sekolah Rendah Kebangsaan Sungai Burong beliau banyak membantu isterinya berniaga di pasar-pasar malam selain itu beliau juga sering membawa Bekas Yang Dipertua PAS (YDP) Kawasan, Ustaz Musa Mohamad ke kuliah-kuliah sekitar Sungai Burong dan ke Mesyuarat-mesyurat PAS di peringkat Negeri dan program-program di peirngkat pusat.

 Beliau merupakan aktivis PAS yang berani dan sentiasa mempertahankan PAS dalam apa juga isu dan pernah ditahan polis sewaktu Penguatkuasa Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) bertindak menurunkan bendera PAS yang dipasang di tepi jalan sebelum Pilihanraya Umum ke-12 yang lalu.

Kini dalam usia 68 tahun beliau masih lagi aktif dalam PAS walaupun tidak lagi mehj-isnin01megang jawatan di peringkat Cawangan. Kegigihan dapat dilihat apabila beliau tidak pernah ketinggalan untuk turun padang di dalam mana-mana Pilihanraya Kecil yang berlangsung di seluruh Negara untuk member sokongan kepada calon PAS atau Pakatan Rakyat (PR) bersama dengan rakan-rakannya.

Bagi menghargai jasa dan pengorbanannya Dewan Pemuda PAS Kawasan Tanjong Karang pernah menganugerahkannya sebagai Tokoh PAS Kawaan Tanjong Karang tahun 2008 sempena dengan Ceramah Gema Malam Kemerdekaan dan telah disampaikan oleh AJK PAS Pusat, Dr Dzulkifli Ahmad yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor di Markaz PAS Kampong Datuk Manan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: