Tokoh 4

PUAN SITI INSIAH BINTI HAJI TAHIR

 caw-siti insiahPuan Siti Insiah Binti Haji Tahir dilahirkan di Kampong Batu 9 Tanjong Karang pada 16 Oktober 1943 dan kini berusia 66 tahun. Merupakan anak ke-2 daripada 9 orang adik beradik, 6 lelaki dan 3 perempuan kepada pasangan  Haji Tahir Bin Kasan Tamin dan Siti Mariam Binti Shukor. Bapanya merupakan seorang petani manakala ibunya pula adalah seorang suri rumah tangga sepenuh masa.

Mendapat pendidikan awal di Sekolah Arab Batu 9 dan Sekolah Agama Batu 9 sehingga darjah enam. Beliau kemudian mendirikan rumah tangga pada tahun 1960 dengan Mohd Senin Bin Haji Shukur dan telah dikurniakan seramai 6 orang cahayamata, 3 lelaki dan 3 perepmpuan.

Mula bergiat aktif dengan politik diperingkat cawangan pada tahun 1977 sebagai ahli Umno dan dilantik sebagai Ketua Wanita Umno Cawangan Sungai Tengi Kiri sehingga pada tahun 1998.

Manakala pada tahun 1998 selepas berlakunya pemecatan Bekas Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, sebagai Timbalan Presiden Umno beliau bersama suaminya telah meninggalkan Umno dan menyertai PAS melalui Cawangan Batu 9 Kampong Tengah yang baru ditubuhkan ketika itu.

Penglibatan beliau dengan PAS Cawangan pada mulanya sebagai ahli biasa sebelum dipilih sebagai Ketua Jawatankuasa Muslimat PAS (JMC) Cawangan Batu 9 Kampong Tengah pada tahun 2001 sehingga tahun 2009. Selama beliau mengetuai JMC  selama 8 tahun beliau telah membuka kelas pengajian dirumahnya setiap hari selasa dan sabtu petang untuk kaum wanita khususnya di sekitar Kampong Sungai Tengi Kiri mendalami ilmu agama dengan dibimbing boleh pimpinan Dewan Muslimat PAS (DMP) Kawasan Tanjong Karang.

 Pada hari selasa kelas pengajian dikendalikan oleh Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS KawIMG_0946asan Tanjong Karang, Ustazah Hajjah Asmah Binti Ahmad, yang juga Timbalan Ketua DMP Kawasan Tanjong Karang, manakala pada hari sabtu dibimbing oleh Ustazah Hajjah Noraini, seorang aktivis PAS Tanjong Karang.

Selain itu beliau turut terlibat aktif dengan aktiviti yang dianjurkan oleh DMP Kawasan Tanjong Karang termasuk dengan Nisa’ Tanjong Karang.

Diperingkat masyarakat pula beliau aktif dengan kenduri kendara bersama masyarakat kampong dan melibatkan diri dengan program keagamaan yang dianjurkan di Surau Haji Ahmad Lorong Menanti 3 walaupun beliau sendiri telah menganjurkan program pengajian di rumahnya sendiri.

Dalam Mesyuarat Agung PAS Cawangan Batu 9 kali yang ke-10 pada tahun 1999 beliau telah melepaskan jawatan sebagai Ketua JMC Batu 9 Kampong Tengah selepas 8 tahun mengetuainya kepada muka baru iaitu Puan Norazman Binti Kassim. Walaubagaimanapun beliau telah dipilih oleh perwakilan sebagai AJK PAS Cawangan untuk sesi 2009-2011 dan masih dilantik sebagai AJK JMC bagi membantu  generasi muda mengendalikan JMC. Selain itu beliau juga turut memainkan peranan didalam Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampong (JKKK) Sungai Tengi Kiri sebagai AJK sebaik sahaja PAS bersama Pakatan Rakyat diberi mandat memerintah Negeri Selangor pada tahun 2008.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: