Tokoh 5

PUAN SUPATMI BINTI SANIMUN

caw-supatmiDilahirkan pada 10 Mei 1947 di Block U Sawah Sempadan Tanjong Karang. Beliau merupakan anak ke-3 daripada 6 orang adik beradik (3 lelaki dan 3 perempuan) hasil perkahwinan Haji Sanimun bin Mohamad dan Hajjah Tarwiyah binti Ramli. Bapanya merupakan seorang petani dan telah meninggal dunia di Makkah pada tahun 1950-an semasa menunaikan fardhu haji. Manakala ibunya pula menyara hidup anak-anaknya dengan berniaga sendiri selain berkebun.

 Mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kampong Dato’ Manan sehingga darjah 5 kemudian menyambung pelajaran di Sekolah Agama Menengah Tanjong Karang sehingga tingkatan 2, kemudian beliau tidak dapat meneruskan persekolahan kerana masalah kewangan.

Beliau telah mendirikan rumah tangga dengan Mohamed Barja Bin Abd Rahim pada 13 Ogos 1976 hasil perkongsian hidup selama 26 tahun beliau telah dikurniakan seramai 3 orang cahayamata seorang lelaki dan 2 orang perempuan. Anak pertamanya, Aruna Irani Binti Mohamed Barja telah meninggal dunia sejak kecil, manakala anak keduanya, Mohamad Faizal Bin Mohamed Barja, 28 dan anak ke-3 pula ialah NorSyahidah binti Mohamed Barja, 22.

Suaminya yang bekerja sendiri sebagai seorang tukang rumah, juga merupakan aktivis PAS Cawangan dari tahun 1999 sehingga tahun 2002 telah meninggal dunia pada 10 Jun 2002 di Hopital Tengku Ampuan Rahimah Klang (HTAR).

Beliau pernah bekerja sebagai buruh di Kilang Padi Seri Tiram Jaya sebelum menjadi suri rumah sepenuh masa selepas mendirikan rumah tangga. Pada tahun 1992 pula beliau bekerja sebagai pembantu guru di Taman Asuhan Kanak-Kanak Islam (TASKI) An-Nur Lorong Menanti 1 sehingga tahun 2006.

 

Mula memainkan peranan dalam parti di peringkat cawangan sebagai Ahli biasa pada tahun 1999 apabila sebahagian daripada rumahnya dijadikan sebagai Bilik Gerakan PAS Cawangan Batu 9 Kampong Tengah semasa Pilihanraya Umum ke-10. Kemudian dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Muslimat PAS Cawangan (JMC) pada tahun 2001 sebaik sahaja JMC ditubuhkan dibawah Ketua JMC, Puan Siti Insiah Binti Haji Tahir. Pada pada tahun 2007 pula beliau telah dilantik sebagai AJK PAS Cawangan selama sepenggal sehingga tahun 2009.

 

Sebagai aktivis yang “low profile” beliau sering mengikuti kelas pengajian yang diadakan di rum100_3007ah bekas Ketua JMC Cawangan, Siti Insiah Tahir, iaitu setiap hari sabtu petang selain mengikuti program-program yang dianjurkan oleh PAS Kawasan Tanjong Karang dan Dewan Musliamat PAS (DMP) Tanjong Karang.

 

Sebagai seorang ibu pula beliau banyak memberi sokongan kepada anak dan menantunya yang terlibat secara langsung dalam PAS. Anak lelakinya Mohamad Faizal Mohamed Barja merupakan Ahli Jawatankuasa (AJK) Dewan Pemuda PAS (DPP) Negeri Selangor yang juga Penolong Setiausaha 1 PAS Kawasan Tanjong Karang dan Setiausaha DPP Tanjong Karang. Manakala menantunya, Nadhirah Shariff pula adalah AJK DMP Negeri Selangor

Kini pada usia 62 beliau masih lagi meneruskan perjuangan yang telah ditinggalkan oleh suami sebagai AJK JMC Cawangan Batu 9 Kampong Tengah untuk sesi 2009-2011.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: