Tokoh 6

TUAN HAJI TASUKI @ MUKRI BIN AKAT

upu-mukri-002Beliau dilahirkan pada 12 Februari 1952 di Kampong Batu 9 Tanjong Karang, merupakan anak ke-3 daripada 4 orang adik beradik kepada pasangan Akat Bin Mutalib dan Ayatun Binti Juraimi. Bapanya merupakan seorang petani manakala ibunya pula seorang suri rumah tangga sepenuh masa.

Mendapat pendidikan di Sekolah Agama Tanjong Karang sehingga darjah enam pada tahun 1959 sehingga 1962. Setelah menamatkan alam persekolah beliau bekerja sendiri sebagai seorang petani.

Beliau mendirikan rumah tangga dengan Hajjah Supiyah Binti Ponin, 60, pada  tahun 1968 dan telah dikurniakan seramai 3 orang cahayamata kesemuanya lelaki. Anak pertamanya Muhizam bin Tasuki, 40, adalah seorang arkitek manakala anak keduanya Manzuri, 32 juga merupakan seorang arkitek dan anak ketiga, Manzuan Arif, 23 masih belum bekerja.

Dua orang anaknya telah berumahtangga dan beliau telah dikurniakan seramai 6 orang cucu, seorang lelaki dan 5 perempuan.

Isteri beliau turut terlibat secara aktif dengan PAS Cawangan dan merupakan Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Cawangan Batu 9 Kampong Tengah dan Ahli Jawatankuasa Muslimat PAS Cawangan (JMC) Batu 9 Kampong Tengah selain pernah dilantik sebagai AJK Dewan Muslimat PAS Kawasan Tanjong Karang sesi 2003-2005 selama sepenggal.

Mula bergiat aktif dengan politik sebagai ahli Umno Cawangan Tanjong Karang pada tahun 1970-an dan pernah dilantik sebagai AJK Umno cawangan di zaman Dato’ Kamaruzaman @Dato’ K menjadi Ketua Umno Bahagian Tanjong Karang.

Beliau kemudiannya meninggalkan Umno dan menyertai PAS pada tahun 1976 kerana hilang keyakinan terhadap perjuangan Umno melalui PAS Cawangan Tanjong Karang. Beliau juga pernah diamanahkan sebagai Naib Ketua PAS Cawangan Tanjong Karang Pekan pada tahun 1985 sehingga pada tahun 1989. Selepas itu beliau tidak memegang jawatan diperingkat cawangan.

Sebaik sahaja PAS Cawangan Batu 9 Kampong Tengah ditubuhkan pada tahun 1999, beliau telah berpindah ke cawangan baru dan Mesyuarat penubuhan PAS Cawangan Batu 9 Kampong Tengah tersebut telah diadakan dirumahnya, iaitu di Lorong Menanti 2 Kampong Sungai Tengi Kiri Batu 9.

Selepas itu beliau telah dilantik sebagai salah seorang AJK Penaja PAS Cawangan sehinggalah PAS Cawangan Batu 9 Kampong Tengah telah diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) pada tahun 2000. Selepas itu beliau terus diamanahkan sebagai AJK PAS Cawangan sehingga tahun 2005.

Di dalam Mesyuarat Agung Tahunan PAS Cawangan pada tahun 2005 beliau telah dipilih oleh perwakilan sebagai Naib Ketua PAS Cawangan Batu 9 Kampong Tengah sehingga sekarang.

Selain bergiat aktif dalam politik beliau juga terlibat secara aktif dengan aktiviti masyarakat, beliau merupakan Imam Surau Haji Ahmad Lorong Menanti 3 Kampong Sungai Tengi Kiri. Selain itu beliau turut mengajar kelas iqra’ di surau berkenaan setiap hari isnin, selasa dan rabu selepas waktu maghrib sehingga isya’. Beliau juga turut diberi peranan sebagai Bendahari Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampong (JKKK) Sungai Tengi Kiri sejak tahun 2008 sehingga sekarang.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: