Tokoh 7

PUAN HAJJAH SUPIYAH BINTI PONIN

 upu-supiah02Dilahirkan pada 10 Oktober 1949 di Block J Sawah Sempadan Tanjong Karang dan dibesarkan di Batu 7 Tanjong Karang. Beliau merupakana anak pertama daripada 5 orang adik beradik, 3 lelaki dan 2 perempuan kepada pasangan Ponin bin Joyosintono dan Sujinah binti Abdul Latif. Ibubapanya merupakan seorang petani.

Beliau mendapat pendidikan awal di sekolah Kebangsaan Batu 7 sehingga darja 4 pada tahun 1956 sehingga tahun 1960. Setelah tamat alam persekolah beliau tidak bekerja sehingga bertemu jodoh dengan Haji Tasuki@Mukri bin Akat, 57 pada tahun  1968.

Hasil perkongsian hidup selama 41 tahun beliau telah dikurniakan seramai 3 orang cahayamata kesemuanya lelaki. Anak pertama Muhizam bin Tasuki, 40, dan anak keduanya Manzuri, 32 merupakan seorang arkitek dan anak ketiga, Manzuan Arif, 23 masih belum bekerja. Dua orang anaknya telah berumahtangga dan beliau telah dikurniakan seramai 6 orang cucu, seorang lelaki dan 5 perempuan.

Suamianya juga terlibat secara langsung dengan PAS diperingkat cawangan sebagai Naib Ketua PAS Cawangan Batu 9 Kampong Tengah sejak tahun 2005 dan merupakan diantara pengasas PAS Cawangan ini.

 

Mula menyertai PAS bersama suaminya pada tahun 1976 melalui Cawangan Tanjong Karang Pekan sebagai ahli biasa. Dan telah berpindah cawangan sebaik sahaja PAS Cawangan Batu 9 Kampong Tengah ditubuhkan pada tahun 1999.

 

Beliau mula bergiat aktif dengan PAS pada tahun 2001 sebaik sahaja dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Muslimat PAS Cawangan (JMC) oleh Ketua JMC Ketika itu, Siti Insiah Haji Tahir. Pada tahun 2003 beliau telah dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa (AJK) Dewan Muslimat PAS (DMP) Kawasan Tanjong Karang selama sepenggal sehingga tahun 2005. Dalam masa yang sama beliau telah dilantik sebagai Naib Ketua JMC PAS Cawangan dan turut dilantik sebagai AJK PAS Cawangan sehingga sekarang.

 

Diwaktu lapang beliau sering mengikuti kelas pengajian yang diadakan di rumah bekas Ketua JMC Cawangan, Siti Insiah Tahir, di Lorong Menanti 1 iaitu pada hari sabtu dan selasa petang yang Di bombing oleh AJK PAS Kawasan Tanjong Karang, Ustazah Hajjah Asmah Ahmad, merangkap Naib Ketua DMP Kawasan Tanjong Karang dan Ustazah Noraini.

 

Selain itu beliau turut mengikuti kelas pengajian Muslimat yang diadakan pada setiap petang rabu di Kompleks PAS DUN Sungai Burong (KOMPAS) dan dibimbing oleh Timbalan Ketua DMP Kawasan Tanjong Karang, Ustazah Hajjah Siti Sabariah binti Haji Hashim. 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: