Setiausaha PAS Cawangan Dikurniakan Cahayamata Sulung

Sungai Buluh, 6 Okt    : Setiausaha PAS Cawangan Batu 9 Kampong Tengah, Mohd Faizal Mohd Barja dan Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Cawangan, Nadhirah Shariff telah dikurniakan seorang cahayamata lelaki di Hospital Sungai Buluh.

Beliau dan isteri yang juga AJK Dewan Pemuda PAS (DPP) Negeri dan AJK Dewan Muslimat PAS (DMP) Negeri Selangor telah dikurniakan cahayamata sulung tepat jam 8.41 pagi di hospital berkenaan dengan berat 2.67kg.

Kelahiran cahayamata sulung tersebut telah disambut ceria oleh kedua-dua neneknya iaitu Supatmi Sanimon, yang juga AJK Muslimat PAS Cawangan (JMC) dan Hajjah Salehah Mohamed.

Selain itu, saudara-mara terdekat dan rakan-rakan juga sempat menziarahi mereka semasa di hospital.

Tinggalkan komen